Friday, 15 November 2013
DIRETIDE 2012 vs DIRETIDE 2013
Manakah pilihan anda?
Saya lebih memilih dan menyukai DIRETIDE 2012 kerana lebih menyeronokkan berbanding DIRETIDE 2013. Ini disebabkan oleh jatuhan 'item' yang bakal diperolehi oleh pemain setelah tamatnya permainan itu.
Saya masih ingat pada acara DIRETIDE pada tahun lalu, setiap pemain bakal bertarung sesama sendiri untuk mendapatkan 'item' yang telah dijanjikan sebelum bermulanya permainan tersebut dan pada akhir permainan tersebut mereka perlu bekerjasama untuk menewaskan ROSHAN. Bukan itu sahaja, pasukan mana yang dapat mencatatkan masa terpantas untuk membunuh ROSHAN tersebut, nama mereka akan tercatat di 'SUGAR RUCH HALL OF FAME' dan pasukan lain terpaksa berhempas pulas untuk mencuba menewaskan rekod yang telah berjaya dicatatkan itu.
Tetapi lain pula yang Valve telah tawarkan pada acara DIRETIDE pada tahun ini. Sedikit perubahan telah dilakukan oleh mereka dengan menggantikan acara terakhir untuk DIRETIDE ini dari catatan masa terpantas kepada catatan bilangan matinya ROSHAN tersebut. Pasukan mana yang dapat membunuh ROSHAN tersebut dengan banyak, maka nama mereka bakal dicatatkan di 'SUGAR RUCH HALL OF FAME' dan bakal mendapat habuan yang amat lumayan bagi seorang pemain DOTA2. Tetapi semalam satu pasukan ternama di peringkat antarabangsa iaitu 'Invictus Gaming' telah berjaya membunuh ROSHAN sebanyak 89 kali dan telah berjaya mendapat Platinum Baby Roshan yang dianggarkan bernilai RM2000.
Pilihan terletak di tangan anda. Selamat bermain. o.Ov
Labels:
Berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sgt2 membosankan..newbie2 sume shit x thu cre men..=='
ReplyDelete