LIVE STREAM

Sunday 20 April 2014

STARLADDER 9


Akhirnya Starladder musim ke-9 telah menutup tirainya semalam apabila pasukan Dota King ataupun dikenali dengan panggilan DK dari negara China itu telah merangkul tempat pertama dalam kejohanan tersebut dengan menyingkirkan beberapa pasukan ternama dunia seperti Invictus Gaming, Evil Geniuses dan mengekalkan rekod tampa kalah mereka di dalam pertandinga tersebut.

Agak menyedihkan bagi juara bertahan dan juga pemenang pertandingan kedua terbesar di dunia iaitu Natus Vincere kerana mereka tidak dapat mengekalkan takhta mereka dalam pertandingan tersebut. Pasukan ini merupakan pemenang 5 tahun berturut-turut sebelum mereka disingkirkan oleh pasukan Invictus Gaming di peringkat kalah mati.

Pasukan DK yang diketuai oleh pemain terkemuka dari Malaysia iaitu Mushi telah menunjukkan satu permainan yang penuh disiplin dari permulaan pertandingan tanpa melepaskan walau 1 mata. Beliau telah di bantu oleh 4 lagi ahli pasukan yang juga merupakan pemain terbaik dari setiap negara yang mereka datangi seperti iceiceice pemain terbaik dari Singapura dan 3 orang lagi pemain merupakan pemain terbaik dari China yang berjaya memperolehi tempat ke-2 di dalam pertandingan The International yang pertama kira-kira 3 tahun yang lalu.

Tahniah diucapkan kepada Team DK, Team Empire dan juga Evil Geniuses apabila berjaya menjadi tiga pasukan terbaik di dalam pertandingan tersebut. Di akhir kata, kita nantikan The International 4 yang akan berlansung tidak lama lagi iaitu pada 18-21 Julai tahun ini.

Saturday 19 April 2014

Queens Clan Malaysia


Mungkin anda tidak pernah mengambil tahu ataupun tidak pernah mendengar nama pasukan Queens Clan. Pasukan ini merupakan salah satu pasukan yang telah menceburi permainan komputer sejak tahun 2011. Jangan terkejut jika saya katakan pasukan ini terdiri daripada wanita-wanita yang meminati permainan komputer seperti DOTA dan juga DOTA2. Mereka merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan dari kalangan wanita.

Mereka telah membuktikan bahawa bukan sahaja lelaki boleh bermain permainan komputer tetapi wanita juga boleh berbuat demikian. Baru-baru ini mereka telah memasuki beberapa pertandingan DOTA2 yang telah dianjurkan khas untuk pasukan-pasukan wanita yang terdapat di Asia Tenggara sahaja.

Antara pertandingan yang telah mereka masuki adalah :





Bukan ini sahaja, ramai antara mereka merupakan pelajar-pelajar Universiti tempatan dan juga ada antara mereka yang telah bekerja dan berkahwin. Jesteru itu, saya ingin tegaskan bahawa bermain permainan komputer bukan sahaja suatu hobi dimasa lapang malah anda boleh mengeratkan lagi tali persahabatan sesama manusia dengan cara bermain permainan komputer. 



Friday 18 April 2014

DOTA2 Leaders Championship 2014


Setelah sekian lama tidak mengemas kini blog milik saya, ini merupakan entri terbaru dari saya dan saya akan membuat rangkuman berkenaan satu pertandingan yang telah diadakan beberapa minggu yang lalu.

Pertandingan yang saya maksudkan adalah Dota 2 Leaders Championship 2014 yang telah dianjurkan dan diuruskan oleh VeryLag Gaming Community. Pertandingan ini telah menerima sokongan dan ditaja oleh TMT.my, e-Club Malaysia dan juga Cooler Master.

Pertandingan ini menawarkan hadiah yang agak lumayan dan telah berjaya menarik minat pasukan-pasukan amatur di Malaysia untuk menyertai pertandingan ini dan anggaran pasukan yang telah menyertai pertandingan ini adalah sebanyak 160 pasukan. Ini merupakan satu kejayaan kepada pasukan VeryLag kerana telah berjaya menarik sebegitu banyak pasukan untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh mereka.

Mereka telah mengambil keputusan untuk membuat 3 pusingan pertandingan iaitu 2 pusingan kelayakan dan 1 pusingan akhir. Pertandingan ini telah mengambil masa selama 3 minggu untuk ditamatkan. Pada 14 April yang lalu, Invasion e-Sport telah berjaya mendapat tempat pertama dan telah membawa pulang 5 CM Storm Quick Fire Stealth Mechanical Keyboard yang beranggaran RM350 setiap satu.

Dibawah ini saya sertakan senarai pasukan-pasukan yang telah berjaya menempah tempat di dalam pertandingan tersebut.






Thursday 30 January 2014

Mod Baru


Mod baru telah diperkenalkan oleh pihak Valve pada kemaskini yang terkini bagi permainan DOTA 2. Sebelum ini, mod ini telah diperkenalkan di dalam satu laman sesawang iaitu D2Ware.net tetapi pihak Valve telah mengambil usaha untuk memperkenalkan mod ini didalam DOTA 2 setelah mod tersebut mendapat sambutan hangat.

Bagaimana mod ini berfungsi?

Mod ini akan memberi anda pahlawan secara rawak dan anda boleh memilih apa jua kemahiran yang telah ditawarkan untuk semua pemain-pemain mod ini. Anda boleh memilih sebanyak 4 kemahiran sahaja dan anda perlulah menunggu giliran anda untuk memilih kemahiran yang anda sukai. Jika anda terlambat untuk memilih kemahiran yang anda inginkan maka anda akan diberi kemahiran secara rawak.

Contoh cara pemilihan kemahiran yang bakal anda mainkan di dalam mod ini,


Di bawah ini merupakan kemahiran yang telah dipilih dan kemahiran ini bukannya kemahiran sebenar bagi hero tersebut. Kemahiran ini hanya boleh dipilih di dalam mod terbaru ini. 





burung lagenda

Adakah anda masih mengingati hero dibawah ini?


Pada 29 Januari yang lalu, pihak Valve bukan sahaja memperkenalkan hero lagenda di dalam Warcraft 3 iaitu Soul Keeper tetapi mereka juga telah membawa masuk burung lagenda iaitu Phoenix.

Phoenix merupakan antara hero baru di dalam Warcraft 3 tetapi telah mendapat tempat di dalam DOTA 2 pada tahun ini. Nampaknya pihak Valve telah melakukan kerja keras untuk membawa masuk lebih banyak hero ke dalam DOTA 2 secepat mungkin. 

Dibawah ini merupakan visual baru Phoenix di dalam DOTA 2. Lebih menarik berbanding Warcraft 3 disebabkan kelebihan dari segi grafik.


Manakala dibawah ini saya sertakan kemahiran-kemahiran yang dimilik olehnya. Masih mengekalkan kemahiran lama seperti mana yang dimiliki oleh beliau didalam Warcraft 3.