LIVE STREAM

Sunday, 17 November 2013

lifestealer


Lifestealer merupakan satu hero yang agak terkenal dikalangan pemain-pemain yang bermain DOTA2. Ini kerana Lifestealer yang mempunyai kebolehan yang memberikan kuasa kepadanya untuk membunuh lawannya dengan cepat kerana beliau mempunyai kelebihan dari segi kekuatan yang beliau miliki dan mengekalkan nyawanya dengan menghisap nyawa daripada musuh-musuhnya.

Peranan utama Lifestealer adalah 'carry' iaitu satu peranan yang terpenting kepada satu-satu pasukan.


Antara kemahirannya :



RAGE

Kemahiran yang mampu menukarkan beliau menjadi satu hero yang kebal terhadap kebanyakan kemahiran dari segi 'magic' dan juga menambahkan kelajuan serangan beliau.

  • Tambahan kelajuan serangan : 30/45/60/80
  • Tempoh tahan : 3/4/5/6




FEAST

Kemahiran yang mampu memberikan beliau kelebihan untuk menjana semula nyawa yang beliau miliki dengan mengambil nyawa pihak lawan setiap kali beliau melakukan serangan terhadap musuhnya.

  • Peratus nyawa : 4%/5%/6%/7%




OPEN WOUND

Terlalu laju? Open Wound mampu memberikan kelebihan kepada Lifestealser untuk membunuh lawannya dengan memperlahankan pergerakan pihak lawan dan menambah sedikit lagi peratusan nyawa yang bakal dihisap oleh Lifestealer.

  • Peratus nyawa tambahan : 15%/20%/25%/30%
  • Bilangan pergerakan diperlahankan : 70%
  • Tempoh : 8 saat
  • Jarak : 200/300/400/500




INFEST IN / INFEST OUT

Kemahiran terakhir yang dimiliki oleh beliau. Kemahiran yang memberikan kelebihan kepada beliau untuk melompat masuk kedalam musuh ataupun rakan sepasukannya untuk mengelakkan dirinya daripada menerima serangan dari pihak lawan.

  • Jarak kerosakan : 700/700/700
  • Jumlah kerosakan : 150/275/400


No comments:

Post a Comment