Jika anda seorang 'gamer' yang betul-betul menginginkan keselesaan ketika bermain permainan komputer, saya mencadangkan tetikus daripada SteelSeries. Tetikus daripada syarikat ini didatangkan dengan tiga variasi saiz tetikus dan juga butang tambahan.
SteelSeries Kinzu V2
Ini merupakan antara tetikus yang terkenal dikalangan 'gamer' yang baru berjinak dengan dunia permainan komputer. Ini kerana, tetikus ini tidak didatangkan dengan butang tambahan dah hanya mempunyai 3 butang utama dan 1 butang untuk melaraskan kelajuan pergerakan penunjuk anda di skrin komputer. Tetikus ini sesuai digunakan untuk permainan komputer yang tidak memerlukan butang yang lebih seperti MMORPG ataupun permainan online yang memerlukan anda menggunakan 'skill' yang banyak.
SteelSeries KANA
SteelSeries KANA merupakan tetikus yang amat terkenal dikalangan peminat permainan komputer. Ini kerana tetikus ini lebih besar saiznya berbanding SteelSeries Kinzu dan mempunyai 2 butang tambahan di kiri dan kanan tetikus tersebut. Ini bermakna tetikus ini mampu memudahkan anda untuk membuat kerja yang banyak pada satu-satu masa tanpa perlu menggunakan papan kekunci anda.
StellSeries SENSEI
StellSeries SENSEI
Tetikus ini amat terkenal dikalangan pemain-pemain permainan komputer profesional di dunia. Ini kerana tetikus ini mempunyai kelebihan dari segi saiznya yang besar berbanding dua adik-beradiknya dan juga mempunyai 4 lebihan butang untuk memberikan anda lebih keselesaan dengan saiznya dan juga mempercepatkan reaksi anda dengan adanya butang yang lebih dikiri dan kanan tetikus ini. Jika anda seorang pemain permainan komputer yang profesional, anda mungkin menginginkan tetikus yang mampu mempercepatkan segala tindakan anda dan juga selesa untuk digunakan.
Jadi apakah tetikus pilihan anda? Nantikan ulasan saya seterusnya untuk tetikus daripada RAZER. o.Ov
Jadi apakah tetikus pilihan anda? Nantikan ulasan saya seterusnya untuk tetikus daripada RAZER. o.Ov
No comments:
Post a Comment