K10 Gaming Keyboard dibangunkan dengan menggunakan papan kekunci POM yang mampu tahan lebih lama berbanding papan kekunci yang lain. Dibina dan dikeluarkan oleh i-Rocks Technology dari Taiwan dan menjadi pilihan saya ketika saya baru berjinak dalam dunia pertandingan permainan komputer di peringkat amatur.
Di bawah ini saya senaraikan antara kelebihan i-Rocks K10.
Untuk peminat, salah satu aspek yang paling penting dalam menggunakan papan kekunci adalah sentuhan ketika menaip dan keselesaan mengunakannya seharin tidak kira di pejabat mahupun ketika bermain permainan komputer. POM butang kekunci ini membawa maklum balas yang lebih cepat ke sistem komputer berbanding dengan papan kekunci membran yang biasa. Ini kerana anda hanya tidak perlu menekan butang kekunci dengan kuat ketika menaip.
K10 yang dilengkapi dengan kekunci PBT yang diperkukuhkan untuk mampu bertahan lama walaupun digunakan secara kasar.
Anti-ghosting merupakan satu mekanisma yang membolehkan pengguna untuk menekan beberapa butang kekunci secara serentak. i-Rocks K10 membenarkan anda untuk menekan sehingga 30 butang kekunci secara serentak terutama untuk permainan komputer seperti 'First Person Shooting' yang memerlukan anda menekan butang kekunci dengan banyak.
Anda juga mampu untuk mematikan butang Windows di papan kekunci untuk mencegah dari ketidak sengajaan tertekan butang Windows tersebut.
No comments:
Post a Comment