Orange eSports ditubuhkan pada tahun 2011 dan telah dikemudi oleh superstar Malaysia iaitu Mushi. Mereka berjaya membuktikan pada rakyat Malaysia yang kita boleh menjadi antara pasukan terbaik dunia. Ini kerana mereka telah mengejutkan dan membuktikan dunia dengan mendapat tempat ke-3 di dalam pertandingan 'The International 3' di Amerika Syarikat pada akhir tahun lalu dan mereka telah berjaya membawa pulang sebanyak 1 juta Ringgit Malaysia.
Bukan itu saja mereka dapat membuktikan kepada Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Datuk Khairi Jamaludin yang esport mampu menjadi salah satu sukan di Malaysia. Ini disebabkan rakyat Malaysia memandang serong terhadap sukan-sukan yang berkaitan dengan komputer. Mereka beranggapan permainan komputer hanyalah membuang masa dan tidak menjamin kejayaan hidup. Tapi pasukan Orange eSports tela menyangkal dakwaan tersebut dengan kejayaan yang mereka kecapi.
![]() |
Bersama Menteri Belia dan Sukan Malaysia |
No comments:
Post a Comment