LIVE STREAM

Friday 24 January 2014

Ahli baru Orange eSport

Setelah kehilangan Mushi yang telah berhijrah ke China untuk menyertai pasukan DOTA 2 disana, mereka terpaksa membubarkan pasukan Orange eSport 2.0 mereka yang telah berjaya mengejutkan dunia dengan mendapat tempat ketiga didalm pertandingan The International 2013 yang telah berlangsung di Seattle, Amerika pada tahun lalu.

Pada tahun ini mereka telah mengambil semula bekas pemain mereka seperti Winter dan juga Yamateh untuk mengembalikan semula kegemilangan mereka pada The International 3 yang lalu. Baru-baru ini mereka telah mengumumkan 2 ahli terbaru mereka iaitu Pun Chi Sum (SCOCXS) dan juga Clement Tan (InsidiousC). Kedua-dua mereka merupakan pemain profesional DOTA 2 dari Singapura.

Mereka berdua telah pun menunjukkan permainan yang menarik dan telah berjaya menarik minat ketua pasukan Orange ketika mereka berdua menjadi pemain gantian pada pertandingan yang telah disertai oleh pasukan Orange pada akhir tahun lepas.

Saya berharap dengan kehadiran ahli pasukan yang baru, Orange eSport dapat mengharumkan nama Malaysia sekali lagi seperti yang telah berjaya dilakukan oleh Orange eSport 2.0 yang disertai oleh Mushi, Xtinct, kyxy, Ohaiyo dan juga Net.

No comments:

Post a Comment