LIVE STREAM

Friday 24 January 2014

Kepulangan HYHY


Setelah mengumumkan persaraan beliau setahun yang lalu setelah tamatnya The International 2012, beliau telah membuat keputusan untuk kembali aktif bermain DOTA 2 secara profesional. Beliau telah membentuk satu pasukan yang bertapak di Singapura iaitu Scythe. Beliau telah disertai oleh xFreedom selaku ketua pasukan, Meracle, Scripted dari pasukan First Departure, KS dan juga ahli yang ke-6 bagi iaitu Poloson.

Mereka akan menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh joinDOTA dan bakal disertai oleh beberapa pasukan ternama dari Asia Tenggara seperti TITAN, Orange eSport dari Malaysia, Mineski dari Filipina, Made in Thailand dan beberapa lagi pasukan ternama.


No comments:

Post a Comment