LIVE STREAM

Sunday 20 April 2014

STARLADDER 9


Akhirnya Starladder musim ke-9 telah menutup tirainya semalam apabila pasukan Dota King ataupun dikenali dengan panggilan DK dari negara China itu telah merangkul tempat pertama dalam kejohanan tersebut dengan menyingkirkan beberapa pasukan ternama dunia seperti Invictus Gaming, Evil Geniuses dan mengekalkan rekod tampa kalah mereka di dalam pertandinga tersebut.

Agak menyedihkan bagi juara bertahan dan juga pemenang pertandingan kedua terbesar di dunia iaitu Natus Vincere kerana mereka tidak dapat mengekalkan takhta mereka dalam pertandingan tersebut. Pasukan ini merupakan pemenang 5 tahun berturut-turut sebelum mereka disingkirkan oleh pasukan Invictus Gaming di peringkat kalah mati.

Pasukan DK yang diketuai oleh pemain terkemuka dari Malaysia iaitu Mushi telah menunjukkan satu permainan yang penuh disiplin dari permulaan pertandingan tanpa melepaskan walau 1 mata. Beliau telah di bantu oleh 4 lagi ahli pasukan yang juga merupakan pemain terbaik dari setiap negara yang mereka datangi seperti iceiceice pemain terbaik dari Singapura dan 3 orang lagi pemain merupakan pemain terbaik dari China yang berjaya memperolehi tempat ke-2 di dalam pertandingan The International yang pertama kira-kira 3 tahun yang lalu.

Tahniah diucapkan kepada Team DK, Team Empire dan juga Evil Geniuses apabila berjaya menjadi tiga pasukan terbaik di dalam pertandingan tersebut. Di akhir kata, kita nantikan The International 4 yang akan berlansung tidak lama lagi iaitu pada 18-21 Julai tahun ini.

No comments:

Post a Comment